Followers

...✿ !..BlogAtirah..! ✿...

30 Aug 2012

Selamat Hari Merdeka!!




Hai.. Malam ni aku agak bosan. So aku saja2 nak update belog untuk isi masa yang terluang ni. Esok 31 0gos 2012 kita akan sambut hari kemerdekaan.  Mesti malam 31 ogos jam 12.00 tgh malam berduyun-duyun pergi DATARAN MERDEKA. Perghh dengan mat-mat rempit semua join sekali berkonvoi pergi dataran. Tapi aku asyik tertanya-tanya kenapa negara lain macam palestin tu tak pernah aman damai. Kesian mereka. Kat Malaysia nasib baik tak berlaku peperangan!! Kalau Malaysia masih tidak mencapai kemerdekaan hingga sekarang, mungkin aku takkan hidup senang,aman,tenteram macam sekarang.

KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Hargailah jasa dan pengorbanan Tunku Abdul Rahman. Ni nak kongsi sikit ringkasan tentang sejarah kemerdekaan kita. Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963. 

Korang ingat tak maksud-maksud warna pada Bendera Jalur Gemilang. Apa dia maksud Bintang tu? 


Warna BIRU TUA bermaksud melambangkan perpaduan rakyat malaysia yang berbilang kaum bersatu padu,serta berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains dan
teknologi canggih.

Warna KUNING bermaksud kedaulatan Raja dan perlembagaan.

Warna MERAH melambangkan keberanian.

Warna PUTIH melambangkan kesucian,keihklasan,dan kesungguhan bagi mempertingkatkan
ketahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

Jalur 14 adalah melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan 1
Persekutuan iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,
Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, .Terengganu, dan Wilayah
Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan).
Sampai sini entry saya pada hari ini. Thanks For Reading..

SELAMAT MENYAMBUT MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!








No comments: