Followers

...✿ !..BlogAtirah..! ✿...

1 Oct 2012

Menjaga Kesihatan Mata

Assalamualaikum!

Mata aku sekarang tgh kemerah-merahan. Termasuk bulu mata tadi. Hehe. Bengkak sampai mata aku. Hurmm. Tak selesa aku! Eye mor takde! Haha! Nasib baik aku ni tak minat pakai lens. Dulu-dulu je pakai. Sekarang,ntah la rasa malas nak bergaya sakan.Huhu..

Tips menjaga kesihatan mata teramatlah penting kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi pelajar yang dalam bidang berkaitan dengan komputer. Tak kira lah siapa pun. Penulis blog,pereka grafik,kerani,ataupun siapa2 jer yang suka menghadap depan komputer ataupun laptop berjam-jam! hehe..

PETUA:

1. Setiap kali mandi atau berwudhu(bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit.

2. Untuk menyegarkan mata yg letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dalam mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.Tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.

3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga. Caranya:-

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah ¦jangan sampai naik angin dah la ye. Dalam proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pada objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa hehe..
b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda.

4. Amalkan makan makanan yg kaya dengan vitamin A & C. susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah-buahanan (terutama aprikot & anggur) dsb.

5. Elakkan melihat benda-benda yg tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yg boleh merosakkan mata & minda anda hehe, faham-faham sendirilah ye. :p


credit to: Petuaseharian

And,lagi satu.siapa yg suka sgt pakai lens tuh,pakai elok-elok.Kalau blh jgn pakai dalam tandas! Tak payah beli lah lens yg murah-murah yg harganyer dalam RM10-25 tu yg kat pasar-pasar malam tuh. Tak baik untuk mata. Sebab ramai kalangan gadis-gadis sekarang tergila-gila nak pakai lens sampai rosak mata sendiri,nyaris-nyaris buta pun ada. Okay.
Sharing is caring :)


4 comments:

yaya ade said...

btul2 juling mata buat senaman mata tu. haha. pening2 sikit la lepas buat.

Atyra Punyer Blog:) said...

betul2!

Khalilah MNor said...

Jaga mata... Dari mata turun ke hati... Tak gitu... :)

Salam kenal dari saya...

Atyra Punyer Blog:) said...

:))