Followers

...✿ !..BlogAtirah..! ✿...

3 May 2016

Kenapa Foundation Bercampuk-campuk!

Salam uolls..
Tips ni sy nk kongsikan pada semua yang newbie2 dalam dunia jurusolek ni.

Pertama
1) Kenapa foundation tak lekat pada kulit? Terutama sekali untuk mekap para-para pengantin.
Mungkin disebabkan:
* Berpeluh keterlaluan/Faktor tubuh badan
*Keadaan/suasana bilik tanpa pengaliran udara yang mencukupi/tidak buka tingkap/
  Disebabkan panas atap rumah tiada angin yang cukup,

Kenapa? Inilah dugaan bagi mereka yang pernah mengalami. Kenapa muka dia flawless mekapnya? Kenapa muka dia bercampuk?! Mungkin itu adalah antara penyebab. Tambah2 cuaca El nino yang melanda sekarang.

2) Muka berminyak/ tidak mencuci muka
* Ya, kulit jenis mcm ni kemungkinan susah nk lekat mekap, atau yang jenis berpeluh sepanjang masa. kulit akan tendang balik foundation. Bila sentuh,terutama bahagian atas bibir dan atas hidung!! Bahagian paling-paling sensitif. Kalau boleh sediakan suasana tempat yang udara/angin mengalir secukupnya. Yang aircond lain ceritaa laa.

3) Tips tak nak bagi bercampuk atas bibir dan atas hidung?
* Haaa selalu ni laa tempat yang bahaya. Cara nya? Dap dap kan 5 point foundation , contoh atas dahi, pipi kanan, pipi kiri, dagu. ( atas hidung kalau boleh sedikit sahaja) lepas tu rata-ratakan dengan teknik yang betul( kalau nk tahu search je dlm youtube.com) yang bahagian atas bibir kat misai tu sapu terus.. bekas-bekas foundation yang ada di sponge tu masih melekat , haaa lalukan sponge bahagian atas bibir kat misai tu.
* Tk boleh tebal sangat bahagian  tu risau akan mudah bercampuk,lagi2 yg kuat berpeluh taw!

Foundation ada beberapa jenis yang stick,krim,liquid
Selalu makeup artist akan guna yang antarabangsa macam brand NARS,MAC,dll. Ini kerana teskturnya yang pekat dan coverage. Harga pon woowww. hehe. Memang superbb lawa.


Kalau yang basic2 biasa orang pakai brand biasa sahaja. Cara apply pon kena betul. Haaa lepas apply foundation, LOOSE POWDER sangat penting taw bagi mekap uolls bertambah lawa! Kalau rasa mcm susah jee , cari lah kelas-kelas basic mekap berdekatan anda dan rujuk lah pada yang pakar. kekeke... saya just berkongsi apa yang saya tahu sahaja.


No comments: